Posts

Showing posts from September, 2022

Joyride Ambang Tahun Baru

 *Joyride Ambang Tahun BARU 2022:* Check-in: 14 Jan 2021 (Jumaat) . Lacar kuda: *14 Jan (Malam Sabtu), 9.00 malam Bermula di Chalet Sri Nipah Resort . Trek: Sri Nipah-Sg Gali-Sri Nipah (23+ km) Joyride Sambil Mengeteh Mengopi... 15 Jan 2022 (Sabtu) 9.00 pagi...Trek Sri Nipah Ke Sg Gali.. Sila isi lako 🐎😎 Tuan puan, Sahabat Handai & Kaum Kerabat dijemput bersama2 Geng Otai Kuda Kelantan. 🐎🌺🌸

Lumba Kuda Sunnah

 Dec14,2022 Joyride Otai Kuda Pembuka Tirai 2022 #SantaiOtaiDiPantaiSriNipahBachok #40kuda40rider100crew50km3Sesi.. Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Diantara syarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:- 1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama. 2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan. 3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan. 4. Kemenangan mutlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ke garisan penamat pertandingan. Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaannya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.

Joyride Mini Jeram Mengaji

 Jan22, 2022 Joyride Mini Enduran Jeram Mengaji #TokwanBertugasDlmUrusetiaBukanRider #MembantuPENKdlmmenjayakanSunnah. #Apabolehbuatterpaksatengoksajakuda2 #NaikKudaJugaTapiKaliNiKudaBesiBeraksi Alhamdulillah,  Tahniah kepada semua pemenang... Buat yang tidak berjaya... Cuba dan cuba lagi..  Ketahuilah.. pertandingan kuda pun Sunnah Baginda saw. Walaupun Sama-sama sunnah.. Nabi saw pernah menjadikan kudanya sebagai hadiah bagi pertandingan lumba kuda. Tidak ditemukan Nabi saw memberikan hadiah bagi pertandingan memanah (Tokwan Pauh Panji) #SENARAI PEMENANG MINI ENDURAN JERAM MENGAJI 22 JAN 2022 KUMPULAN A 1. Wan Safri Zamani bin Mat Dawood Tokwan Dawood Stable - BlueBoy 2.Mohd Afiq Daniel bin Zulkifli Jeram Mengaji Stud Farm - Mira KUMPULAN B 1.Muhd Irfan Iskandar bin Mohd Zaki Persatuan Ekuin Terengganu- Princess 2.Mohd Farris Iqram bin Mohd Hassan STET - Gussina

Lelaki Sunnah

 Jan28,2022 #SantaiPagiSunnahBerkudaTrekBukit #MalamBBQdiJeramMengajiSelising SIAPA LELAKI? Abu Zinad rahimahullah berkata: ما كان الرجل يعد الرجل حتى يعرف السنة "Dulu, seorang lelaki tidak dikira sebagai seorang lelaki sehingga dia MENGETAHUI SUNNAH" [Tarikh Kabir 7/157]  Maksudnya, pada zaman tabi'in - zaman selepas sahabat- mereka menganggap seseorang itu sebagai lelaki jika dia mempelajari dan mengetahui Sunnah. #Kalaulah tabiin hidup pada zaman sekarang, siapakah lelaki yang dianggap benar-benar lelaki pada zaman sekarang?  Bersungguh-sungguhlah mempelajari Sunnah.  Semoga Allah berikan kehidupan dan kematian yang baik atas Sunnah.

Imam AsSyafie

 #Kehebatan Imam As-Syafie r.a Menunggang Kuda.. Al-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang murid Imam Al-Syafie bercerita, "Dulu Imam Al-Syafie sangat pandai berkuda dan benar-benar berani. Ketika kudanya sedang makan, dia menjentik telinganya dan tiba-tiba kuda itu melompat dan Imam Al-Syafie berada di atas punggungnya."  Demikianlah kehandalan Imam Al-Syafie dalam sukan memanah dan berkuda. #nyakatparaasatizahdanulamamudasikikpgni.. #setakatpemerhatianmrkjauhpanggangdariapi.

Kata2 TGHA .My Presiden

 Kata-kata Presiden Tokwan Pauh Panji , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang... “Orang yang beriman itu kuat dan gagah, dia boleh pergi ke mana-mana. Dia boleh masuk di mana-mana, dia boleh lasak di mana-mana. Tahan menghadapi ujian, tahan menghadapi kepayahan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4×4 Adventure Kembara, di Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.

Kuda Rasulullah saw.

 Kalau kita baca sejarah, Rasulullah sering berpuasa karena tidak ada yang bisa dimakan, namun Rasulullah ternyata memiliki 6 ekor kuda yang hebat. Beliau hidup sederhana tapi memiliki 6 kuda. Hanya 1 yang dibeli seharga 10 dinar dari seorang Arab Badui dan selebihnya dihadiahkan orang lain kepadanya. Seluruh kuda Nabi memiliki nama. Amacam?.. Fikir-fikirkan...

Tokwan Marshal Kuda

 Mac 19, 2022 Tokwan sudah jadi marshall kuda.. hari  ini melancarkan program Joyride Otai Kuda Kelatey  bersama  anak2 muda perkasa menunggang kuda dari HCS Pasir Putih ke Gate Kulim Ikan Toman Galang sambil melihat dan memerhati kebajikan kuda bersama boss D'bustan Stable Syariefie Yusof  dan anak2 buahnya.  Semoga sunnah berkuda terus mekar dalam jiwa.. Terima kasih tang tak terhingga kepada Master Sifu Abe Hea Norzihan Norzihan , Ayahanda Otai HCS.. Wan Noor Wan Samat dan team HCS Pasir Putih yang telah berusaha bersungguh2 menjayakan program kali ini.. Kepada yang tak bernasib baik dengan insiden kecil semalam.. kami mohon maaf banyak2.. Segala kesilapan teknikal adalah kelemahan kita semua manusia pendosa.. Wahai... Wahai sahabat endurance, ketahui lah, CEN 40 dan CEN 80 bukan lah perlumbaan untuk menunjukkan kegagahan rider atau kuda. Kita masuk lumba ini untuk mendapat kelulusan/qualification bagi kuda atau/dan rider untuk masuk lumba kelas antaraba...

Sokongan Tokwan

 Mac26,2022 Tokwan Pauh Panji  memberikan sokongan padu kepada  Team D'bustan Stable untuk beraksi di Mini Enduran  Kuda Lasak di Pantai Sri Nipah, Bachok. kelantan... Kali ni D'bustan Stable (DBS) menghantar 4 wakil peserta bersama kuda-kudanya iaitu Adk Syakir Irfan Ahmad Syariefie @ Alyy Boyca, Wan Zal Aidi Awwab@ Khabib Petra, Mohd Danish Mohd Shafri@ Boboi dan Mysarah Ursilan Afandi@Umaiyy.  Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Mysarah dan kudanya yang bernama Omaiyy kerana dapat melengkapkan semua sesi acara pertandingan kali ini dengan penuh bergaya.. Tahniah.. Anda dan Kuda serasi beraksi..  Kepada yang belum berjaya, cuba lagi dilain masa.. Insya Allah acara seperti ini bakal diadakan lagi Jun 2022 di TIEP.. Selamat Mencuba.. Wan Zal Aidi Awwab  Syakir Irfan Mohd Danish.. # Rezeki Menyertai Sunnah Berkuda.. إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا  “Sesungguhnya Tuha...

Cerita Kuda

 Mac29, 2022 Cerita kuda bersama Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan .. Kuda Kuda Kuda.. lagi-lagi cerita kuda.. semoga Sunnah berkuda Terus Maju Jaya Melebar dalam Jiwa Umat Baginda saw khususnya di Negeri Paduka Che Siti Wan Kembang Arduja WimalaSinga.. Tenyata sesi pertemuan dan perjumpaan persatuan2 , peminat dan para otai kuda diseluruh Kelantan dapat menyemarakkan lagi kesinambungan pelbagai program kuda dimasa2 akan datang. Note.. Bagi sebuah organisasi atau penganjur sesuatu program, perkataan post mortem sangat biasa didengar. Sama ada suka atau tidak, ia merupakan satu proses yang sangat penting untuk terus bergerak ke hadapan dengan dengan lebih berjaya. Post mortem dalam bahasa mudah ialah perbincangan untuk melihat kelemahan, kekuatan dan idea untuk penambahbaikan supaya kelemahan tadi tidak berulang. Kelebihan? Menjimatkan masa, menjimatkan kewangan, mengurangkan pembaziran dan penggunaan tenaga yang optimum (bukan maksimum).. Hakikatnya, walau betapa peri pentingnya...

Kuda2 di Kelantan

 Mei30,2022.. #MenelaahCatatanProfNikOmar #BilanganKudaDanPemilikKudaKelarey.. #SajaNakTahuRamaiManaAgamawanBerkuda Jumlah Kuda di Kelantan Darulnaim Mengikut Daerah [ No of horses in Kelantan ]   Daerah Pasir Mas   1.  High Chapparal Horse Ranch, Gelang Mas, Pasir Mas:  9 ekor 2.  Pak Chik Ibrahim Paya Dalam: 8 ekor 3.  Che Gu Fauzi Tendong :   2 ekor 3.  Ju Kutan  : 4 ekor 5.  Amran Kutan:  3 ekor 6.  MH Mohammad Tendong : 4 ekor 7.  Ustaz Naza Tendong: 2 ekor 8.  Awang China Sg Tendong: 3 ekor 9.  Arif Teliar : 3 ekor 10. Pak Mat Bunut Susu: 5 ekor 11. Tok Penghulu Shaari, Paya Ular: 2 ekor 12. Mobil Kedondong Pasir Mas: 1 ekor   Kota Bharu   1.  Haji Denan Kg Tini: 15 ekor 2.  Jehan Bukit Ajil: 50 ekor 3.  Che HashimKg Sireh:  10 ekor 4.  Ijol Kota: 4 ekor 5.  Yusof Opel Kota: 2 ekor 6. Yusof Kicap Kota : 10 ekor 7. Pak Leh Tepi Kubur Kota: 8 ekor 8.  Jus...

Bertemu Lagi

 Kita bertemu lagi Di tengah-tengah kuala ini Dengan wajah yang merah Dibakar ikan cengcaru… Bersama Wan Noor Wan Samat  Maulana Helmi  Usamah Marveles .. Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Ibar Buat Ummah

 GENGHIS KHAN, PELAJARAN UNTUK UMAT ISLAM. Ketika umat Islam diserang tentara Tatar, hampir seluruh wilayah Islam berhasil dijajah. Di antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang bertetangga dengan Mongol. Pada mulanya, di Khurasan, Tatar tidak berdaya menembus pertahanan umat Islam di kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam: "Barangsiapa yang menyerahkan senjata dan berada di sisi tentara Tatar, akan selamat. Tapi barangsiapa yang enggan, mereka akan kami buat menyesal." Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu terpecah menjadi dua kubu.  Kubu pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata: "Seandainya mereka mampu memerangi kita, tdk mungkin mereka memberi penawaran spt ini. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu di antara dua kebaikan: menang atau syahid penuh bahagia!" Namun kubu kedua cenderung menerima tawaran tersebut. Mereka berkata: ...

Ilmu Di Angkat

 Ibar Kuliah Akhir Zaman..Maulana Hilmi Ilmu akan diangkat.. Ilmu dapat membezakan antara perkara yang hak dan yang batil. Dengan adanya ilmu maka seseorang itu akan sentiasa selamat daripada sebarang perkara yang memudaratkannya. Kerana itu pada akhir zaman nanti ilmu akan diangkat dengan kematian para alim ulama yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. Rasulullah telah bersabda tentang tanda-tanda kiamat: ilmu agama dicabut, banyaknya bencana, kebakhilan bermaharajalela dan banyaknya Al-Harj. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah itu Al Harj? Rasulullah menjawab: Pembunuhan. - HR Muslim 4827].

Habib Najjar

 Jun11, 2022.. Lelaki Dari Ujung Kota.. #TrekBerbukitBerlumpurBerdebu... Dia bukan Rasul, bukan Nabi, bukan pula ‘ulama. Tapi dia berjuang untuk belajar dan memahami. Dan dia lelaki yang suka berbagi. Hal terawal yang difahaminya hanyalah bahwa para Rasul yang datang ke kotanya itu orang-orang tulus. Mereka menghasung kebenaran dan mengajarkan kebajikan sama sekali tanpa meminta imbalan. Baginya, mereka adalah orang-orang yang mendapat sekaligus membawa petunjuk. Maka dengan bergegas-gegas dari ujung kota, dia berseru-seru, “Wahai kaumku, ikutilah para utusan Allah itu!” Dan dialah.., demikian menurut sebagian mufassirin, setelah menyelidiki  apa yang disampaikan para terutus itu kemudian melantangkan dengan anggun pernyataan imannya. #AsSyahidHabibAnNajjarRahimahullah..

Jiwa Karisma .

 Jun14, 2022.. #NasihatTokwanKpdPemimpinNegara Bila kita dipilih dan dilantik menjadi pemimpin mana2 organisasi,  kelab, persatuan atau parti.. Kena belajar la sikik sebanyak karekter seorang pemimpin yang baik dan berkarisma.. Sekurang2nya jadilah pendamai... Bukan pencetus sengketa dan perkelahian khasnya dalam 'Sunnah Berkuda'..  #BukanSenangNakJadiPemimpin... Kalau ada yang tak berpuashati pun.. belajarlah bagaimana berbahasa sebagai seorang pemimpin terhormat. Jangan tergila2kan jawatan sahaja sedangkan kepimpianan ke laut. (Tokwan Pauh Panji)

Jangan Merungut

 Jun15, 2022 Selamat Berjuang Kepada Semua Sahabat2 Sunnah Berkuda Yang Akan Menyertai.. PIALA YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU 2022 #Note.. Simpanan Stor Makanan Kuda.. #FikirFikirkan... Jangan merungut menternak  kuda susah. Jangan komplen dedak  mahal dan usahalah agar simpanan   makanan ternakan dan kita  sekurang2nya  2  bulan. Jangan tunggu apa yang kerajaan akan buat untuk kita tapi  tanya diri sendiri " Apakah kita yakin kita berada di akhir zaman? Zaman  untuk  bersedia dengan kuda2 dan seangkatannya? Apa yang harus kita  buat untuk mengatasi masalah dan cabaran akhir zaman...? Zaman para Sahabat Baginda saw... mereka telah pun  berfikir panjang dan berbincang lebar tentang zaman ini.. Kita yang hidup dizaman   ini apatah lagi... (Tokwan Pauh Panji)

Khabib Fallah

 Jun16, 2022.. Insya Allah buat pertama kali kuda tokwan Khabib Petra Fallah akan berjuang dengan bergaya pagi esok Di Terengganu International Enduran Park...bersama Anakansa @ ridernya Wan Zal Aidi Awwab  Semoga Allah merahmatimu... Maasyaa Allah.. Tabarakallah... Khabib Petra memperaga gaya leluhurnya Fallah Fayrid Faahim...

Bertandang ke TIEP lagi

 Jun17, 2022 #TerengganuMajuBerkatSejahtera  Tokwan bertandang lagi ke TIEP ini untuk menimba pengalaman dalam sukan kuda lasak.. Serta memeriahkan lagi Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022.. Kali ini hadir bersama team D'Bustan Srable, Ketereh.. Bersama 4 ekor kuda masuk ke gelanggang iaitu Omaaa@ Syakir Irfan , Safar@ Adam Syamil, Khabib@ Wan Zal Aidi Awwab  dan Liezaz Maria@ Tokwan Pauh Panji ...  Turut hadir bersama kami dari Negeri Serambi  Mekah ini juga adalah  PCM Stable 4 ekor, Hcs Highchaparral Stable  4 ekor, KETC Stable seekor dan Abe Saari ( Bachok) seekor. Perrtandingan yang diheboh2kan bukan minat kami, tp memahami dan mengkaji serta menimba ilmu berkaitan kuda lasak amat penting dan utama... (Tokwan Pauh Panji) #BukanPertandinganYangJadiTujuan... #MenimbaPengalamanSambilTemaniAnakanda

Naik Podium

 Jun17, 2022 #NaikPodiumTganuInternationalEnduranPark #TerengganuMajuBerkatSejahtera  Alhamdulillah, Tokwan Pauh Panji dimaklumkan oleh urusetia pertandingan agar hadir Makan Malam bersama YAB MB Terengganu... Alhamdulillah.. terima kasih . Baarakallahu lakumm.😍😍😍🍁🌺🌸❤️ Pegawai yang maklumkan pulak sahabat lama suatu ketika dahulu sama uni semasa berkelana di Kotaraya Kuala Lumpur tahun 90an.  Hajat dihati kami team D'Bustan Stable memang nak balik awal sejurus acara namun rider cilik team kami Adik Adam Syamil Ahmad Syariefie Yusof  pun dimaklumkan kena tunggu dan hadir sama... Apa boleh buat, demi menjaga hati semua yang terlibat... Maka, disinilah kami malam ini.. Tahniah kepada Royal Terengganu, Kerajaan Negeri, Penganjur Piala Yang Di Pertuab Muda Terengganu dan Urusetianya, team D'Bustan Stable dan semua yang terlibat... Tak lupa juga kepada semua ahli team kami yang banyak membantu melancarkan sesi sukan lasak pada kali ini .

Aku Akan Mati

 "Suatu hari nanti ketika aku mati.. Rumahku, kuda2ku dan pedang keadilanku akan ku tinggalkan.. Aku tak lupa dari mana aku berasal dan mengapa aku datang... Aku tak lupa ke mana akan ku pergi..  Jalanku menuju "KizilElma.." Tatanan dunia membawaku ke sana.. Jalan untuk memuliakan Kalimah Allah... Aku perlu bergerak untuk ke jalan itu... Aku harus terus berjalan .. sebagaimana nenek moyang leluhur ku  yang terdahulu.. Aku akan terus melakukan hal yang sama... ( Osman Bey).. Pelopor Kerajaan Turkiy Othmaniyyah Ottoman Devlet.. #Kizielma.. Kemana Tujuannya? “Kizilelma”. Itulah Bahasa sandi yang digunakan kelompok Ahlat #SiJanggot Putih) ketika memberikan data-data rahasia kepada Ertugrul. Kizilelma sendiri berarti Apel Merah, sebuah perumpamaan buah-buahan surga yang menjadi makanan penduduk surga. Apel merah menandakan buah yang segar dan indah, sedangkan untuk mendapatkan buah apel merah dan segar ini hanya ada didalam surga. Kizilelma digunakan sebagai kata kunci dalam ...

Ilmu Makrifat

 Ilmu Makrifat dalam Sunnah Berkuda.  Terengganu International Endurance Park... Ilmu Makrifat: ... Hanya org yg minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau tawarnya air, “org yg menikmati sahaja yg mendapat tahu” (La ya zuk, wala ya arif). Ilmu Makrifat adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yg bukan mencari Syurga, bukan mencari Pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari Ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari Rasa, iaitu mencari Rasa di dlm perasaan ,.  ilmu lihat dlm penglihatan atau  ilmu dengar  dlm pendengaran... Jommmm... Hayya a'la sunnati Rasulihi..

Kata2 Osman Ghazi

 Dalam buku At Tarikh As Siyasi lid Daulatil Aliyah Al-Utsmaniyyah akan didapatkan wasiatnya dalam ungkapan berbeda. Kata Osman Ghazi.. .. “Ketahuilah wahai anakku, sesungguhnya penyebaran Islam itu, dan menyeru manusia pada hidayah, melindungi kehormatan kaum muslimin dan harta mereka, adalah amanah besar di atas lehermu; yang akan Allah tanyakan suatu saat tentangnya..

Pulut Durian

 Jun25,2022 Jamuan Pulut Durian Di Jeram Mengaji.. Ada yang namakan jamuan durian  ini #Durianpodium . Selesai sahaja sesi latihan sejukkan kaki kuda di anak2 air serta menyelusuri trek dusun2 durian, mendaki dan menuruni bukit2, kami terus ke Stable Jeram Mengaji.  Disini sebahagian Otai Kuda Kelatey berkumpul menjamu selera produk durian Jeram Mengaji dan Sekitarnya .. Bismillahirrahmanirrahimm.. Selamat Menjamu Selera.. Pakak dok kato.. pah baloh baloh.. pah ngaju.. pah ajok makan duyan.. marrii.. pah napok baloh pulak kito ajok kfc.. baloh2 pun mari geng otai ni.. ni la kehebatan otai kuda mulut jah balohh.  Hati nok jjupoo gilo nok besaing belaka.. hidup otai kuda kelatey.. set kito  jangey ppecohh.. "Main Kuda Sapa Wi Naik Podium".. Terima kasih  kepada semua yang terlibat.. terutama Yong Kuda , Tokhgulu Yie, Abe Nizam Ismail Datok Azam dan semua yang terlibat. #ShareIlmuDurian.. Berdasarkan maklumat daripada Raja Ahmad Zulfakar Nikphol mendapati terd...

Kata2 Terbaik

 Apakah ucapan terbaik bapila kita melihat sesuatu yang menakjubkan.. indah.. menarik.. serta menyentuh hati?..@ tak tahu nak kata apa2?.. JAWAB.. 🌸🌺🍁🌷Maasyaa Allah...  Tabaarakallah..🏇🏇🏇🌺❤️ Inilah yang dinamakan melihat dalam penglihatan... Mata  diwajahmu hanya melihat zahirnya  keindahan dunia.. sedangkan  "hatimu melihat kebesaran Allah" (Tokwan Pauh Panji).. #Note.. Bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ‘ain kepada orang lain, seeloknya mendoakan keberkatan (ucap Barakallahu fik atau tabarakallah) kepada seseorang yang dikaguminya apabila melihat. Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadis Abu Umamah. (Riwayat Ibn Majah, no 3509

Kata2 Mat Kilau

 Dalam Mood Raya Korban... Malangnya, pisau parang belum diasah.. Kata2 Hebat Mat Kilau.. Bersatu bukan atas dasar kepentingan peribadi atau kumpulan, tetapi kesatuan yang berpaksikan akidah dan Islam. Kerap kali disebut oleh Mat Kilau tentang soal akidah. Hanya akidah yang benar yang boleh menyatukan dan hanya Islam lah akidah yang benar itu. Tidak boleh tidak, hanya Islam yang boleh menyatukan ummah dan hanya dengan Islam juga manusia menjadi mulia. "Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya tetapi mulia kerana akidah dan ketakwaan kepada Allah SWT ." - Mat Kilau

Komen Tokwan

 Ramai yang minta Tokwan Pauh Panji  komen Filem Mat Kilau... Maka, berkatalah tokwan... "Kebangkitan Pahlawan  diseluruh dunia, yang mencetus fenomena menjadi bukti bahawa generasi hari ini amat memerlukan medium seperti filem ini untuk menyuntik semangat jihad dan perjjuangan 'kizilme' dan patriotisme dalam diri... Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Filem Terhebat Bangsa Melayu Islam .. Hanya keturunan dari keluhur pahlawan dan bangsawan yg sangat memahami luka derita leluhur kami.. Saki baki keturunan pengkhianat tetap wujud sepanjang zaman dan mereka sentiasa sinis benci mengeji..." (Tokwan Pauh Panji)

Sejarah Perjuangan

 Julai21,2022 "Dalam menghayati sejarah perjuangan Pahlawan Mat Kilau, adalah lebih utama kita mencontohi sifatnya yang merupakan seorang ahli ilmu,  ahli ibadah dan ahli sufi  dIm agama kerana dengan agama yang ada pada dirinyalah yang mengangkat beliau menjadi salah seorang pahlawan agung tanah Melayu" (Tokwan Pauh Panji) Kehidupan yang mendamaikan.  Mata melihat keindahan Pencipta.  Sedang hati bergetaran zikir kepadaNya.. #Pusing2 sambil melihat padang ragut dan rerumput kuda...

Melayu Mulia

 Julai22,2022 Jumaat "Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya tetapi mulia kerana akidah dan ketakwaan kepada Allah SWT ." - Pahlawan Mat Kilau #8TenteraBerkudaBergerakDrDBustanStable #Mengelilingi7Bukitdi3JajahanBerkembar. #HayyaalaSunnatiRasuulihi.. Syariefie Yusof @Omaa Tokwan Pauh Panji  @Liezaz Maria Nor Shafri Mahmud @Boboi Cgu Abdollah @ Dunhill Danush Syakiran Danish Syakiran @ Puteri Adam Syamil @Safar

Bukan Bukan...Tidakk Tidakkk

 "Ketahuilah sahabatku  ... Sesungguhnya Datuk Bahaman, Pahlawan Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah kerana takutkan British.Jauh sekali melarikan diri.. TidakTidak Bukan Bukan.. Tidak  sekali Tidak. Bukan Takutkan.. Bukan... Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan pelbagai  gelaran nama  baharu kerana sedar wujudnya betapa ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan dedak penjajah pada masa itu" Bangsa Melatu pengkhianat lebih ramai daripada Pahlawan dan Pejuang.   (Tokwab Pauh Panji) #TenteraBerkudaDbustanStableMelangkah.. #MasaMempersiapkanDiridanPasukan. #MATkawasanketerehdiTahfizKokLanas

Amanah Kepimpinan

 Al-Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata... "Orang yang sedikit berpengalaman dan membanggakan pendapatnya sendiri tidak pantas menjadi pemimpin"..Manakala Orang yang suka menghukum orang lain atas dasar kesalahan kecil, tidak akan dapat bertindak lurus.".  #SekaliSjalaTinggalkanTrekMasukDewan.. #TokwanPunMemahamiDenyutNadiRakyat.. #UrusanNegaraUrusanTokwanJuaAdanya. "Oleh yang demikian... Bersedialah dengan sebanyak2 ilmu, timbalah sebanyak2 pengalaman, Dampingilah sebanyak2 ulamak dan otai berbisa... Walaupun hari ini kita orang biasa2 tanpa pangkat , nama dan darjah... Namun, Apabila ditakdirkan terlantik menggantikan tapuk kepimpinan... Kita  telah bersedia memikul amanah negara .. Ibarat Mat Kilau.. Kepimpinan Digalas Seribu Daya"... ( Tokwan Pauh Panji) Julai24, 2022..

Penakluk Dunia

 Bangsa penunggang kuda adalah penakluk dunia.. penunggang kuda membakar semangat juang dan kependekaran yang mengenal erti kematian..Menang atau syahid... Tahniah Mat Kilay kerana berjinaj2 dengan  sunnah berkuda kecintaan baginda saw.

Pahlawan

 Pahlawan adalah dia yang menoreh tinta emas perjuangan tapi tak bimbang berada di belakang tanpa pengakuan... Jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan kau derhaka maka kaulah pahlawan sebenarnya... #Ibar Penderitaan Mat Kilau.. Sepanjang lebih 70 tahun beliau menyamar, beliau membuat beberapa pekerjaan dan cuma saudara terdekat, beberapa orang kenalan rapat dan anak-anak didik silatnya sahaja yang mengetahui identiti sebenarnya. Beliau pernah bekerja sebagai pengutip getah taban, buruh jabatan ukur, pengusaha kebun getah selain mengajar silat. Beliau telah menyuruh anak-anak murid silatnya bersumpah bahawa mereka tidak akan mendedahkan identiti sebenarnya sehinggalah kubur beliau dikambus nanti (mati).

Doa dlm kesedihan

 Selamat Menyambut Tahun Baru  1444 Hijrah... Doa Sedih Rasulullah SAW di Thaif.. Di sebuah kebun kurma milik kedua anak Rabi'ah, Nabi berhenti seraya memanjatkan doa, sebagaimana dinukilkan Imam at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baghdadi dalam al-Jami’ li Akhlaq ar-Rawi:  اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِينَ ! أَنْتَ رَبّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبّي ، إلَى مَنْ تَكِلُنِي ؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهّمُنِي ؟ أَمْ إلَى عَدُوّ مَلّكْتَهُ أَمْرِي ؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِك عَلَيّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي ، وَلَكِنّ عَافِيَتَك هِيَ أَوْسَعُ لِي ، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِك الّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظّلُمَاتُ وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَك  أَوْ يَحِلّ عَلَيّ سُخْطُكَ، لَك الْعُتْبَى حَتّى تَرْضَى وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوّةَ إلّا بِك  "Allahuma Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kekurangan daya upayaku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang ...

Bicara Diri..

 Ada juga rakan2 taulan sepejabat dan kaum kerabat yang dekat tertanya2.. " Betul ke  tarikh kelahiran Tokwan Pauh Panji  pada 1 Ogos? Bukan ke 10 Januari spt yang tercatat dlm sijil kelahiran?".. Maka, terpaksalah tokwan dedahkan rahsia diri... " Lebih 50 tahun yang lalu tokwan di lahir di Pantai Chinta Birahi( nama lama PCB) tanggal 1 OGOS dengan nama timangan WAN ROSLAN ZAILANI... Namun, Arwah Ayahanda Hj. Wan Daud Yusuf Sulong Nawang AlPattani  mendaftarkan kelahiran ini pada tahun mendatang tanggal 10 Januari dengan menukar nama kepada WAN AHMAD TARMIZI... Selepas 40 tahun berkelana menghuni dunia yang fana' ini.. empunya diri menggelarkan diri Wan Ahmad Tarmizi dengan nama baru Tokwan Pauh Panji dalam pencarian leluhurnya yang belum selesai lagi.. Jadi.. Wan Roslan Zailani, Wan Ahmad Tarmizi dan Tokwan Pauh Panji  adalah orang yang sama... Hanya masa yang merungkai segalanya.. #Adalah diharapkan kepada semua agar memahami realiti kehidupan Tokwan Pauh Panj...

Zuhud dan Jihad

 Semakin banyak film yg mengangkat kisah kejayaan Islam, semakin banyak orang-orang Muslim terinspirasi betapa hebatnya para Mujahidin dalam menegakan dan mendakwahkan Islam. Selama ini umat Islam selalu disuguhi film kebohongan dan menghancurkan aqidah umat Islam, semoga generasi muda sadar dan paham tentang perjuangan dan kebesaran Islam yg ditakuti oleh musuh-musuhnya.. Ditegaskan oleh Syauqi  ,”Sesungguhnya orang-orang zuhud kami, orang-orang sufi kami, mereka berpandangan bahwa termasuk kesempurnaan tashawuf mereka dan zuhud mereka adalah berjihad terhadap musuh dan melakukan ribath di perbatasan hingga jika perang dikumandangan mereka masuk dalam barisan memerangi musuh agama yang hanif ini dan mencari syahid.” (Ahsr Ad Dual wa Al Imarat Mishr wa Syam, hal. 3)

Sultan Salahuddin

 Ogos05,2022.. #TrekGoldenTriangle3Jajahan #MerentasiDanMengelilingi7Bukit Perkara utama yang beliau lakukan setelah pembukaan Baitul Muqadis ialah beliau telah membina madrasah-madrasah fiqh Mazhab Syafie dan ribat-ribat sufi berdekatan dengan gereja-gereja di Baitul Muqadis. لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم Skarang, Pengeboman berlaku di mana-mana di Ghazzah... #GazaUnderAttack #Abeloh #Pray4Ghazzag... #KhaibarKhaibarYaYahuud... #JaisyMuhammadSaufaYauuuddd

Trek Joyride @Outride Tokwan

 Trek Joyride@ Outride yang menarik di Kelantan.. Kepada semua peminat sunnah berkuda seluruh negara...#JommmSunnahBerkudaa Sepanjang hampir 10 tahun berkelana menyertai pelbagai joyride, outride dan mini enduran di seluruh Negeri Kelantan, tokwan dapati banyak sekali trek2 yang menarik di negeri ini walaupun tiada yang di khaskan oleh pihak kerajaan atau persendirian. Antara trek terbaik mengikut susunan ialah, Pertama Trek Pantai Sri Nipah ke D'Gali(20km)-Bachok Trek ini adalah yang terbaik di Kelantan, Trek berpasir dan pantainya yang landai sangat sesuai untuk semua jenis kuda termasuk kuda-kuda arab yang 'mahal' yang dilatih khas untuk sukan enduran. Di trek ini juga pernah diadakan beberapa kali pertandingan mini enduran peringkat negeri Kelantan. Selalunya tuan rumah aktiviti berkuda disini adalah di Sri Nipah Chalet, Bachok. Kedua. Trek Abu Dhabi - Kulim (20-40km)Pasir Putih Padang pasir seluas 5km yang terbentang disepanjang trek ini menjadikan ialanya di kenali se...

Zaman Ini..

 Zaman Kembali Berkuda dan Memanah semakin hampir .. Pemanasan global yang mencarikan ais dan salji pada kadar lebih pantas juga didakwa memberi kesan kepada kejadian tersebut. Kajian menunjukkan apabila glasier mencair akibat peningkatan suhu atmosfera dan pembakaran bahan api fosil, pengagihan semula jisim menjadikan Bumi beralih dan berputar lebih pantas pada paksinya. Ini membawa kepada pencairan ratusan bilion tan ais setahun ke dalam lautan yang menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak ke arah timur sejak pertengahan 1990-an. Gempa bumi dan aktiviti seismik lain juga boleh memberi kesan kepada kelajuan putaran Bumi. Fenomena itu boleh menggerakkan jisim ke arah pusat Bumi.

Bicara Khatib

 Ogos12,2022 Khatib  Khutbah Jumaat.... banyak sebut tentang penyakit2 murung dan penyelesaian dengan aktiviti yang sihat....   Tapi tak di sebut apa itu aktiviti sihat... Kenapa payah sangat .... nak sebut sunnah berkuda yang mempunyai pelbagai khasiat,  penyembuh penyakit dan kekal sihat ... Sedangkan itupun sunnah Rasul saw... SUNNAH HEBAT.. Yg selalu kita dengar semua program ceramah, kuliah dan majlis penerangan... Mana pergi  program aktiviti sukan sunnah?..

Doakan Tokwan Kuat

 Ogos 12, 2022 Maat #TrekGoldenTriangle3Jajahan.. #TrekMenelusuriMengelilingi7bukit.. Sebagai seorang yang beriman , kita hendaklah sentiasa melaksanakan  sunnah baginda saw. sedaya upaya kita..  Orang2 yang beriman.. terus berjuang dan bertindak sesuai dengan doa-doa mereka. Doakan agar diri tokwan sentiasa kuat,  tubuh tokwan sentiasa tegak,  segala sendi tulang tokwan  ligat,.. segala  otot tokwan pejal berurat..  gerak langkahpantas  secepat kilat ... Sehingga tokwan sentiasa kekal cekap.... disaat kuda tokwan walk, trot, canter  gallop.... Amien...  Doa tokwan setiap pagi jumaat..agar.. Mampu sunnah berkuda dengan segala kudrat.

Rindu Seorang Raja

 Ogos13,2022 Sabtu #TrekGateKulimTomanGalangKeGertok3Bradik #9kuda9rider15crewpengiring.. AbeeZaa,ProffdanFamily,TeamFadlovHCS. #KisahCintaEpikSejarahRajaTubba'.. Kerinduan Seorang Raja 1000 Tahun Sebelum Kedatangan Baginda saw. Raja Tubba' memberitahu bahawa baginda menunggu kedatangan Nabi Muhammad SAW tapi belum ditakdirkan untuk berjumpa. 💚 Sesungguhnya bagindalah orang pertama yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan kitabnya. 💚 Raja Tubba' beriman kepada Allah dan berdiri di atas sunnah Rasulullah SAW. 💚 Kalaulah Raja Tubba' dapat berjumpa Nabi, maka ia merupakan suatu nikmat.  💚 Namun, jika tidak dapat berjumpa dengan Nabi, maka di akhirat nanti, kurniakanlah syafaatmu.  Jarak masa di antara kematian Raja Tubba' dan kelahiran Nabi Muhammad SAW ialah seribu tahun lamanya. #HanyaKeranaYakindanPercaya... #ImandanTaqwaMerubahMindadanGaya..

Harga Diri

 Ogos13,2022 Sabtu #TrekGateKulimGertok3Bradik #9Rider9Kuda15CrewPengiring #KeranaImanYakinDanPercayaSunnah #Berpegang teguhlah  pada  Kerendahan Hati dan Kegagahan. Pantang Merendah Diri Kecuali Kepada Yang Dicintai... Tunjukkan harga dirimu kepada TuhanMu, jangan jadi manusia lemah dan lemah  terus menerus. Karena pada dasarnya, hkikat manusia, tak ada yang bisa merubah masa depan kecuali dengan usahamu sendiri. Maka dari itu, jangan malu ataupun takut untuk BERJUANG SENDIRIAN. BANYAKKAN BERDOA, DOA DOA DAN TERUSKAN BERDOA AGAR KAU DIBERIKAN KEKUATAN .. Meskipun banyak cobaan, hinaan, dan godaan.

Zikrullah..

 Amallah Zikr  Sewaktu Menunggang Kuda.  #SunnahYangDitinggalkanPejuang....  #SunnahMenunggangKudaSelepasWaktuAsar.. kerna amalan zikir mengingati Allah. Sememangnya dengan mengingati Allah, hati manusia akan menjadi tenang tenteram. Rasulullah SAW banyak mengajar umatnya tentang zikir terbaik yang boleh dibaca pada bila-bila masa.  Ada pula untaian zikir yang dibaca oleh Rasulullah SAW pada waktu pagi dan petang dengan bilangan tertentu. Zikir ini bukannya sedikit jenisnya, ia terlalu banyak pilihan dan semuanya tidak ada yang panjang berjela-jela.  Baginda dengan jelas menyatakan tentang zikir  kepada Allah SWT yang sebutannya ringan untuk lisan, namun pahalanya dinilai dengan timbangan yang berat di akhirat nanti. Sabda  Rasulullah SAW bermaksud: "Ada dua kalimat zikir yang ringan diucapkan di lidah, tetapi berat pahalanya pada timbangan amal kebaikan dan sangat dicintai oleh ar-Rahman (Allah) iaitu Subhanallahi wa bihamdihi (Maha Muci Allah de...

Liezaz Maria.. Teman Setia

Image
 Rutin  Pengurusan  Liezaz Maria sebelum dan selepas sesi latihan  joyride @ outride . Semua rider kuda yang kental mempunyai disiplin  pengurusan kuda yang tersendiri. Bukan mudah nak mengurus kuda di stable dan di trek. Bagi tokwan.. ada beberapa disiplin yang perlu dibuat sebelum memulakan joyride atau outride.. SEHARI SEBELUM JOYRIDE@OUTRIDE.. Sehari sebelum sesi latihan outride atau joyride, kuda mestilah dilepaskan ke dalam paddok empat atau lima   jam dan  dilungging  pusingan kiri dan kanan selama  30 hingga  40 minit.Angkat ke empat-empat kaki dan perhatikan gerak langkah derapan kakinya. Tambahkan sedikit makanan yang 'menyeronokkan' agar kuda cukup makanan dan minuman. Mandikan dan bersihkan, uraikan bulu-bulu leher dan ekor yang kusut masai. SEBELUM JOYRIDE@OUTRIDE Tokwan Pauh Panji  bagi makan kuda satu  jam sebelum kuda tokwan dibawa menaiki float ke destinasi. Biasanya ke Trek Golden Triangle atau Trek Gate ...

Seruan Tokwan

Image
 Jommm.. Sertai Joyride, Outride, Marathon,  Mini Enduran atau Enduran Sunnah Berkuda.. Seruan Tokwan Buat Semua.. Kebanyakan rider dan pemilik kuda sudah rasa bangga kerana rasa sudah cukup ilmu mengendali dan menunggang kuda.. NAMPAK amat mudah ...nampak saja.. namun sebenarnya pelbagai rahsia tersimpan di sebalik sukan berkuda yang juga merupakan antara aktiviti digalakkan dalam agama Islam. Sebelum mampu menunggang kuda, banyak kemahiran perlu diketahui dan dipelajari. Bukan sahaja bagi penunggang, malah pengetahuan mengetahui kuda yang hendak ditunggangi itu. Antaranya cara menunggang yang betul, memahami denyut nadi perasaan nurani dan mahir mengendalikan pergerakan kudal.  Untuk menyertai marathon, atau mini enduran atau enduran, anda juda perlu mengetahui kemampuan kuda yang hendak ditunggangi. Kuda seperti juga haiwan-haiwan lain perlu dikendalikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Adakalanya haiwan berkenaan juga mempunyai mood tertentu. Juga adakalanya kuda juga...

Kalaulah...

 Kalaulah Tok2 Guru, Tok2 Imam, Tok2 Qodi, Tok2 Bilal, Tok2 Siak, Tok2 Lebai, Pak2 Ustaz, Pak2 Kiyai, Pak2 Maulana, Pejuang2 Sunnah dan  Pejuang2 Islam mampu Menunggang Kuda dan Istiqamah di atas sunnah Baginda saw... Alangkah indahnya dunia berkuda.. #DuniaAkhirZaman... #IslamTeoriBukanAmaliSunnatiEasuulihi.. ( Tokwan Pauh Panji)

Suka Duka

Image
 Ogos26, 2022 #TrekGoldenTriangle3Jajahan #9kuda9rider9crew15km Suka Duka Dalam Sunnah Berkuda.. Jika kau bertemu aku begini Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi Di pantai, bukit, ladang, jalanraya dikaki-kaki.. Hanya bertemankan kuda padi.. Bisakah kau menghargai CintakullPada Sunnah ini?.. Kita terpaksa berpisah untuk mencari arah Kita dipukul ombak hidup alam yang nyata Engkau jauh meniti puncak menara gading Yang menjanjikan hidup sempurna. Tapi aku hanya tunduk ke bumi,  hidupku melayang2.Berkuda kesana sini ..  ke mana sajaa...bawa diri sama hati..

Sambut Merdeka ke 65 di Pasir Putih

Image
 Ogos27,2022 #Siri1KoleksiGambarSambutanKemerdekaan #highchapparalstablepasirputihmasukBandar Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke 65.. kepada semua warga negara Malaysia yang tercinta. . Kali ini Tokwan Pauh Panji  bersama team Hcs Highchaparral Stable , Dbustan Stable, Abe Saari Stable dan lain2 yang tak tersebut nama.. Sambutan Kemerdekaan kali ini diadakan dengan pelbagai program, namun tokwan dan kawan2 hanya menyertai perarakan kuda merentasi Bandaraya Pasir Putih terus menuju Trek Abu Dhabi sebelum kembali ke High Chapparal Stable.  Beberapa orang rider menerima hadiah cenderahati yang disediakan oleh penganjur. Peserta,  kuda dan rider paling cantik akan diberikan hadiah dan saguhati berbentuk hamper. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada OCPD Pasir Putih bersama team adik2 PDRM yang manis2, semua JK Urusetia, Semua Pemilik, Rider, dan Kuda..  Teristimewa juga kepada Sponsor Misteri yang selalu memberikan sokongan kewangan kepada kami.. Jaz...

Salam Merdeka ke 65

Image
 Ogos27,2022 #Siri2VideoSambutanHariIni #HighChapparalStablePasirPutih #MasukBandarPsrPutihBlkTrekAbuDhabi #30kuda30rider100crewpengiringPDRM Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 65 Kemerdekaan yang sebenar bukan sahaja kemerdekaan dari jajahan tanah air tetapi kemerdekaan dari semua aspek sama ada pemikiran, tingkah laku dan budaya. #Pihak Persatuan Sunnah Berkuda High Chaparral Pasir Puteh ingin mengucapkan Jutaan terima Kasih kepada Tuan Zaizul Rizal OCPD Pasir Puteh dan semua Anggota PDRM Pasir Puteh kerana memberi peluang kepada Persatuan Sunnah Berkuda ikut serta Perarakan  Ambang Merdeka pada 27 Ogos 2022. Sebagai seorang mukmin yang sejati kita mestilah memerdekakan jiwa dan raga kita dari pengabdian diri kepada manusia atau harta benda tetapi hanya mengabdikan diri kepada Allah. Ini dapat dilihat bagaimana Baginda Rasulullah berjuang untuk memerdekakan hamba dan hanya mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta.

Firasat Penternak Kuda

 Alhamdulillah... Alhamdylillah... Kullu Hamdan Lillah... #OGOS282022.  Selesai saja sesi Perarakan Kuda Sempena Sambut Merdeka di Pasir Putih, tokwan terus bergegas menghantar 2 ekor kuda, ke Dbustan Stable dan TPP Stable . Kemudian balik kampong jumpa bonda dan kembali  semula ke rumah jam 11.59 malam..  Dengan  menggunakan mata didalam penglihatan, dengan firasat ke 6  ilham pencipta..Tokwan dapat rasakan malam ni malam bertuah, tokwan bakal berjumpa dengannya.  Tokwan mengambil keputusan menunggu saatnya tiba . Jam 2.00 pagi 28 Ogos 2022..berbekalkan sedikit pengalaman dalam menternak kuda, dengan pendengaran hati  yang sedang berkata-kata, tokwan mengambil beberapa peralatan  yabg telah disedia, tuala kecil, pakaian terpakai serta ubat2an dan pakaikan tali mukaa buat ibunya.  Akhirnya tiba jua masa . Benar seperti yang dijangka   bertambah lagi warga TPP Stable.. kali ini baby perempuan anak Sabhah Putri dan Halimas Janath...

Anak Anglo Gen2..

Image
 AL-DZARIB OGOS29,2022 #KunamakandirimuALDZARIB Kelahiran Anak Kuda Baru Tokwan Pauh Panji Stable  28 Ogos 2022.. Selepas balik perarakan berkuda Sempena Kemerdekaan ke 65.. Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad Anak kuda ke 2 tahun 2022,  Tokwan dan keluarga dikurniakan berita gembira  menyambut seekor lagi anak kuda betina  baru  hasil persenyawaan diantara   Halimas Janathan dan Sabhah Putri  (Betina Anglo Arab Anak Halimas Fallah. ) Syukur Alhamdulillah .. kelahiran ini  menjadikan warga ke 10 dan menjadikan jumlah keseluruhan terkini kuda² di TPP Stable sebanyak 7 ekor...#Luhaif #Liezaz #Khabib #Sabhah #Mubarak #Mujaddid #AlDzarib Kehadiran anak kuda ini adalah anak pertama bagi  ibunya, Sabhah Putri.. Dengan Harapan...agar ia bakal mewarisi seekor kuda yang hebat suatu hari nanti . Maka tokwan namakan dirinya..Al-Dzarib. Nama ini adalah juga nama kuda Baginda saw. Al-Dzarib  ini adalah hadiah dari Farwa bin Amr Al-Jadham...

Bertandang Lagi Ke KVKK

Image
 Alhamdulillah... #SambutMerdekaPelbagaiCara.. #GengKudaSambutMerdekaBersamaKuda WARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA Selepas 5 tahun yang lalu kuda tokwan liezaz maria hadir ke sini lagi.. Kolej Vokasional Kuala Krai..  Dalam Sambutan Perarakan Merdeka ke 65 Peringkat KVKK 2022.. Dikesempatan ini ramai pensyarah baru berkesempatan mengenalinya.. InSya Allah 5 tahun akan datang lagi ke sini dengan Izin Allah juaa . "Ya Allah, martabatkanlah negara ini dan seluruh rakyat dengan kemuliaan di sisi-Mu, Allah. Hindarkan kami daripada segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan dan pelihakan kami daripada segala bencana.  Kurniakan kami dengan hikmah dan kebijaksanaan serta ketajaman fikiran supaya kami (rakyat) dapat terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah, Kau Maha Pemberi, berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, peliharakan kami daripada azab api neraka.

Tokwan Bukan Perwira

 Sept 02, 2022 #TrekTriangle3JajahanKBPPBck #10kuda10rider10crew20km #Mengelilingi7bukitbukitperkasa #DbustanStableTerukNgetehNgopi.. Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menjunjung senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini... Mencintai tanah air dengan segenap hati adalah salah satu bentuk peringatan kemerdekaan yang amat berarti. Kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini tidak didapatkan dengan mudah, tetapi melalui perjuangan panjang dengan pengorbanan jiwa dan raga dari para pejuang kita yang kini kita sebut sebagai pahlawan bangsa.

Buih2 di Lautan Nan Luas

Image
 Sabda Rasulullah saw.. , “Ya! Pada hari itu jumlah kamu ramai sangat, tetapi kamu bagaikan buih di lautan, dan Allah akan cabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.” “Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?” Tanya sahabatnya pula. “Cinta dunia dan takut mati!” Jawab Rasullah SAW. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad) #TakBeraniMenunggangkuda.. 2015-2022 Sudah ditakdirkan bergandingan dengan liezaz maria selama lebih  7 tahun.. sehingga kini masih setia bersamamu..  Semoga Allah memberkati kita.. selama masa...Amiennn #JodohKitaKekalAbadiSelamaMasa..

Benar atau Tidak?.. Satu Perjuangan..

Image
 Kalaulah Sunnah Menunggang Kuda itu satu perjuangan.. Pasti Menternak kuda sehingga dewasa dan boleh ditunggang itu satu perjuangan terbesar dalam sunnah ini.. Menternak sehingga ke 4 atau 5 tahun   untuk mencapai umur matang ( ditunggang)  adalah satu tempoh yang sangat mencabar .  Bila-bila sahaja ia boleh cedera dan sakit... Ada benarnya cakap kawan-kawan... "Tak payah susah-susah bela ibu kuda , sired dan buat breeding.. beli saja kuda yang dah siap matang, umur lebih 5 tahun.. terus boleh tunggang dan masuk gelanggang..".. Hanya cuma, kalau semua nak beli yang dah siap umur matang, kepada siapa pulak diharapkan untik mengusahakan breeding kuda? Maka berkatalah tokwan,.. "Berusahalah  berjuang bersungguh-syngguh  menternak dan menunggang kuda kerana ia adalah perjuangan terbesar di akhir zaman.. Inilah Jihad .. Jihad Akhir Zaman.. Hanya orang yang yakin dan percaya sahaja yang sanggup bersengkang mata, berhabisan harta, masa dan tenaga.. hanya ker...

Jihad Sunnah Berkuda

Image
 "Berusahalah  berjuang bersungguh-syngguh  menternak dan menunggang kuda kerana ia adalah perjuangan terbesar di akhir zaman.. Inilah Jihad .. Jihad Akhir Zaman.. Hanya orang yang yakin dan percaya sahaja yang sanggup bersengkang mata, berhabisan harta, masa dan tenaga.. hanya kerana yakin kepadaNyaa, Yakin kepada kehadiran ImamNyaa.."Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik kepada seluruh penternak dan pemilik kuda sunnah walau dimana mereka berada.. Berbanggalah Penternak dan Penunggang  Kuda Sunnah ....Andalah Insan Pejuang... (Tokwan Pauh Panji) #September092022... #PerjalananBalikDrpdTrekGoldenTriangle #11kuda11rider10crew15km Credit bideo Bam Jaa Kedai Aircond Kok Lanas

Merekakah Pejuang Sunnah?

Image
 Mereka Menggelar Diri  Pejuang Sunnah?.. Setiap hari buka alquran, hadis  dan semak kitab2, Bahkan mencabar lawan berdebat, kononnya hujjah dalil cukup lengkap.. tapi setiap hari juga bergaduh dalam FB... Mencaci, mencela dan mencerca dalam sosmed... Setiap hari memberikan teguran dan nasihat..  tapi setiap hari juga menyerang aliran berlainan dengannya dengan kata2 sesat... Setiap hari mengucapkan kembali kepada Allah, Alquran  dan Sunnah.... namun setiap hari juga mereka melebel yang lain syirik dan bid'ah.. Setiap hari mereka mengajak manusia kepada amalan cara sunnah,  Tapi setiap hari juga akhlak dan gaya hidup ala moden, berlagak mewah.. Setiap hari mengajak manusia kepada  pandangan  Ibnu Taimiah, .. Mereka lupakan Imam AsSyafie Pejuang Sunnah... Mereke mengagungkan pemilik2  ijazah, master, phd berpangkat..  sijil2 bertinta emas,..mereka lupakan alim ulamak yang dirahmati lagi berkat, kehidupan dalam qanaah... Bila Bersukan mere...

Kata2 Sinis Terhadap Sunnah Berkuda

Image
 Pandangan Sinis Terhadap Sunnah Berkuda.. Seringkali tokwan dengar dari jarak dekat maupun jauh2 dihujung telinga.  Tokwan mendengar dalam pendengaran suara2 sumbang yang sinis tentang sunnah ini.. Antaranya.. "Tak payah la masuk  geng kuda ni.. ramai drpd mereka ni jahil agama, akhlak pun tak bagus..  budak2 yang main kuda ni malas sekolah.. " " Geng kuda ni ye..  bukan geng pil kuda" " Buat apa naik kuda?.. Zaman sekarang bukan zaman purba.. kenderaan lain banyak lagi".. " Geng2 lumba kuda ni sama saja dengan geng judi".. Banyak lagi kata2 panas, sinis dan sindiran tajam  yang dilontarkan kepada kami ahli sunnah berkuda, .. apa boleh buat.. inilah bangsaku.. Bangsa yang lemah .. hidup dijajah selama 446 tahun..  Sebab itu ramai dikalangan bangsa ini banyak penyakit, perut boroi, buncit dan longlai akibat gaya hidup yang tidak sihat.. Kebanyakkannya tiada jiwa pejuang dalam diri mereka..Jika dibandingkan dengan para mujahidin.. mereka ibarat ...

Pertama Kali

Image
 Buat kali pertama tokwan pauh panji menunggang kuda di Pattani , Thailand pada tahun 1993 yang lalu..Sewaktu lawatan ke sana bersama Rombongan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Kuala Lumpur .