Pulut Durian

 Jun25,2022

Jamuan Pulut Durian Di Jeram Mengaji..

Ada yang namakan jamuan durian  ini #Durianpodium .


Selesai sahaja sesi latihan sejukkan kaki kuda di anak2 air serta menyelusuri trek dusun2 durian, mendaki dan menuruni bukit2, kami terus ke Stable Jeram Mengaji. 


Disini sebahagian Otai Kuda Kelatey berkumpul menjamu selera produk durian Jeram Mengaji dan Sekitarnya .. Bismillahirrahmanirrahimm.. Selamat Menjamu Selera..


Pakak dok kato.. pah baloh baloh.. pah ngaju.. pah ajok makan duyan.. marrii.. pah napok baloh pulak kito ajok kfc.. baloh2 pun mari geng otai ni.. ni la kehebatan otai kuda mulut jah balohh.  Hati nok jjupoo gilo nok besaing belaka.. hidup otai kuda kelatey.. set kito  jangey ppecohh.. "Main Kuda Sapa Wi Naik Podium"..


Terima kasih  kepada semua yang terlibat.. terutama Yong Kuda , Tokhgulu Yie, Abe Nizam Ismail Datok Azam dan semua yang terlibat.


#ShareIlmuDurian..

Berdasarkan maklumat daripada Raja Ahmad Zulfakar Nikphol mendapati terdapat perbezaan antara Raja Kunyit (panggilan untuk durian D197 yang ditanam di tempat asalnya) dan Musang King (panggilan untuk durian D197 yang ditanam di luar tempat asalnya).


Perbezaan ini boleh diraikan dengan membezakan antara RAJA KUNYIT dan MUSANG KING hanya dengan nama panggilan kita sudah boleh mengetahui daripada mana buah ini datang. Sebagai contoh, jika terlihat ada papan tanda menulis RAJA KUNYIT, secara langsung kita tahu buah ini datang dari Tanah Merah. Para peniaga juga kena bijak membezakan penggunaan supaya perbezaan dan kepelbagaian  ini dapat diraikan bersama.

Comments