Seruan Tokwan
Jommm.. Sertai Joyride, Outride, Marathon, Mini Enduran atau Enduran Sunnah Berkuda..
Seruan Tokwan Buat Semua..
Kebanyakan rider dan pemilik kuda sudah rasa bangga kerana rasa sudah cukup ilmu mengendali dan menunggang kuda..
NAMPAK amat mudah ...nampak saja..
namun sebenarnya pelbagai rahsia tersimpan di sebalik sukan berkuda yang juga merupakan antara aktiviti digalakkan dalam agama Islam. Sebelum mampu menunggang kuda, banyak kemahiran perlu diketahui dan dipelajari. Bukan sahaja bagi penunggang, malah pengetahuan mengetahui kuda yang hendak ditunggangi itu. Antaranya cara menunggang yang betul, memahami denyut nadi perasaan nurani dan mahir mengendalikan pergerakan kudal.
Untuk menyertai marathon, atau mini enduran atau enduran, anda juda perlu mengetahui kemampuan kuda yang hendak ditunggangi. Kuda seperti juga haiwan-haiwan lain perlu dikendalikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Adakalanya haiwan berkenaan juga mempunyai mood tertentu. Juga adakalanya kuda juga mempunyai perasaan takut jika haiwan berkenaan tidak menyakini kemampuan si penunggang tadi.
#HanyaJauhariYangMengenalManikam
Untuk itu, peserta atau rider yang menyertai pertandingan sewajarnya mahir menguasai sepenuhnya dan dapat mengawal kuda yang ditungganginya. Dengan kata mudah, apabila kuda tersebut yakin kemampuan penunggang, maka ia akan mengikut arahan si penunggang.
Untuk mencapai tahap kuda terlatih dan lasak, sesi latihan outride dan joyride memakan masa berbulan-bulan bahkan ada kuda yang memerlukan masa bertahun-tahun..
Sabar- sabarlah melatih kuda anda..
Bukan Mudah Menjadi Juara..
Bukan Senang Menjejaki Podium.... Ha ha..
Nasihat Tokwan Buat diri...
Dan peminat sukan sunnah berkuda..
(TOKWAN PAUH PANJI)
Dalam Mood ME Telekong Kuala Krai
22 Ogos 2022..

Comments
Post a Comment