Anak Anglo Gen2..
AL-DZARIB
OGOS29,2022
#KunamakandirimuALDZARIB
Kelahiran Anak Kuda Baru Tokwan Pauh Panji Stable 28 Ogos 2022.. Selepas balik perarakan berkuda Sempena Kemerdekaan ke 65..
Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad
Anak kuda ke 2 tahun 2022, Tokwan dan keluarga dikurniakan berita gembira menyambut seekor lagi anak kuda betina baru hasil persenyawaan diantara Halimas Janathan dan Sabhah Putri (Betina Anglo Arab Anak Halimas Fallah. )
Syukur Alhamdulillah .. kelahiran ini menjadikan warga ke 10 dan menjadikan jumlah keseluruhan terkini kuda² di TPP Stable sebanyak 7 ekor...#Luhaif #Liezaz #Khabib #Sabhah #Mubarak #Mujaddid #AlDzarib
Kehadiran anak kuda ini adalah anak pertama bagi ibunya, Sabhah Putri..
Dengan Harapan...agar ia bakal mewarisi seekor kuda yang hebat suatu hari nanti . Maka tokwan namakan dirinya..Al-Dzarib.
Nama ini adalah juga nama kuda Baginda saw. Al-Dzarib ini adalah hadiah dari Farwa bin Amr Al-Jadhami, dan dinamai itu di antaranya karena keteguhan, sasa dan kekuatannya yang besar, dan Nabi menggunakannya dalam perang.
Semoga anak ini sihat, bakal menjadi seekor kuda yg gagah dan diberkati Allah... Dan semoga ianya membesar dengan kualiti kesihatan yang terbaik, lasak dan berjiwa pejuang sejati. IinsyaAllah 🤲🏻💚
#Tokwan usahakan sekadar termampu.. kalau lah sunnah berkuda satu perjuangan.. pasti breeding kuda adalah jihad terbesar dalam sunnah ini.. Tokwan keno pero dulu 5 thn sblm blh latih dan ride. Hanya Allah kita berserah dlm usaha breeding ini.. bila2 masa boleh cedera dan sakit.. Semoga Allah memberkati tangan2 breeder.. Amienn
#BersediaDenganKekuatanTenteraBerkuda..

Comments
Post a Comment