Benar atau Tidak?.. Satu Perjuangan..
Kalaulah Sunnah Menunggang Kuda itu satu perjuangan.. Pasti Menternak kuda sehingga dewasa dan boleh ditunggang itu satu perjuangan terbesar dalam sunnah ini.. Menternak sehingga ke 4 atau 5 tahun untuk mencapai umur matang ( ditunggang) adalah satu tempoh yang sangat mencabar .
Bila-bila sahaja ia boleh cedera dan sakit...
Ada benarnya cakap kawan-kawan... "Tak payah susah-susah bela ibu kuda , sired dan buat breeding.. beli saja kuda yang dah siap matang, umur lebih 5 tahun.. terus boleh tunggang dan masuk gelanggang..".. Hanya cuma, kalau semua nak beli yang dah siap umur matang, kepada siapa pulak diharapkan untik mengusahakan breeding kuda?
Maka berkatalah tokwan,..
"Berusahalah berjuang bersungguh-syngguh menternak dan menunggang kuda kerana ia adalah perjuangan terbesar di akhir zaman.. Inilah Jihad .. Jihad Akhir Zaman.. Hanya orang yang yakin dan percaya sahaja yang sanggup bersengkang mata, berhabisan harta, masa dan tenaga.. hanya keranaNyaa.."
Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik kepada seluruh penternak dan pemilik kuda sunnah walau dimana mereka berada.
Dan semoga Allah jua memberikan keberkatan kepada semua kuda-kuda Tokwan Pauh Panji di TPP Stable...
Amiennn..
#AlDzariibBerumur8hari..
#AnakHalimasJanathanCucuHalimasFallah..
#MasukGelanggang2027limatahunlagi
#ManaPejuangSunnahJommmm..
05 Sept 2022..

Comments
Post a Comment