Posts

Joyride Ambang Tahun Baru

 *Joyride Ambang Tahun BARU 2022:* Check-in: 14 Jan 2021 (Jumaat) . Lacar kuda: *14 Jan (Malam Sabtu), 9.00 malam Bermula di Chalet Sri Nipah Resort . Trek: Sri Nipah-Sg Gali-Sri Nipah (23+ km) Joyride Sambil Mengeteh Mengopi... 15 Jan 2022 (Sabtu) 9.00 pagi...Trek Sri Nipah Ke Sg Gali.. Sila isi lako 🐎😎 Tuan puan, Sahabat Handai & Kaum Kerabat dijemput bersama2 Geng Otai Kuda Kelantan. 🐎🌺🌸

Lumba Kuda Sunnah

 Dec14,2022 Joyride Otai Kuda Pembuka Tirai 2022 #SantaiOtaiDiPantaiSriNipahBachok #40kuda40rider100crew50km3Sesi.. Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Diantara syarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:- 1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama. 2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan. 3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan. 4. Kemenangan mutlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ke garisan penamat pertandingan. Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaannya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.

Joyride Mini Jeram Mengaji

 Jan22, 2022 Joyride Mini Enduran Jeram Mengaji #TokwanBertugasDlmUrusetiaBukanRider #MembantuPENKdlmmenjayakanSunnah. #Apabolehbuatterpaksatengoksajakuda2 #NaikKudaJugaTapiKaliNiKudaBesiBeraksi Alhamdulillah,  Tahniah kepada semua pemenang... Buat yang tidak berjaya... Cuba dan cuba lagi..  Ketahuilah.. pertandingan kuda pun Sunnah Baginda saw. Walaupun Sama-sama sunnah.. Nabi saw pernah menjadikan kudanya sebagai hadiah bagi pertandingan lumba kuda. Tidak ditemukan Nabi saw memberikan hadiah bagi pertandingan memanah (Tokwan Pauh Panji) #SENARAI PEMENANG MINI ENDURAN JERAM MENGAJI 22 JAN 2022 KUMPULAN A 1. Wan Safri Zamani bin Mat Dawood Tokwan Dawood Stable - BlueBoy 2.Mohd Afiq Daniel bin Zulkifli Jeram Mengaji Stud Farm - Mira KUMPULAN B 1.Muhd Irfan Iskandar bin Mohd Zaki Persatuan Ekuin Terengganu- Princess 2.Mohd Farris Iqram bin Mohd Hassan STET - Gussina

Lelaki Sunnah

 Jan28,2022 #SantaiPagiSunnahBerkudaTrekBukit #MalamBBQdiJeramMengajiSelising SIAPA LELAKI? Abu Zinad rahimahullah berkata: ما كان الرجل يعد الرجل حتى يعرف السنة "Dulu, seorang lelaki tidak dikira sebagai seorang lelaki sehingga dia MENGETAHUI SUNNAH" [Tarikh Kabir 7/157]  Maksudnya, pada zaman tabi'in - zaman selepas sahabat- mereka menganggap seseorang itu sebagai lelaki jika dia mempelajari dan mengetahui Sunnah. #Kalaulah tabiin hidup pada zaman sekarang, siapakah lelaki yang dianggap benar-benar lelaki pada zaman sekarang?  Bersungguh-sungguhlah mempelajari Sunnah.  Semoga Allah berikan kehidupan dan kematian yang baik atas Sunnah.

Imam AsSyafie

 #Kehebatan Imam As-Syafie r.a Menunggang Kuda.. Al-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang murid Imam Al-Syafie bercerita, "Dulu Imam Al-Syafie sangat pandai berkuda dan benar-benar berani. Ketika kudanya sedang makan, dia menjentik telinganya dan tiba-tiba kuda itu melompat dan Imam Al-Syafie berada di atas punggungnya."  Demikianlah kehandalan Imam Al-Syafie dalam sukan memanah dan berkuda. #nyakatparaasatizahdanulamamudasikikpgni.. #setakatpemerhatianmrkjauhpanggangdariapi.

Kata2 TGHA .My Presiden

 Kata-kata Presiden Tokwan Pauh Panji , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang... “Orang yang beriman itu kuat dan gagah, dia boleh pergi ke mana-mana. Dia boleh masuk di mana-mana, dia boleh lasak di mana-mana. Tahan menghadapi ujian, tahan menghadapi kepayahan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4×4 Adventure Kembara, di Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.

Kuda Rasulullah saw.

 Kalau kita baca sejarah, Rasulullah sering berpuasa karena tidak ada yang bisa dimakan, namun Rasulullah ternyata memiliki 6 ekor kuda yang hebat. Beliau hidup sederhana tapi memiliki 6 kuda. Hanya 1 yang dibeli seharga 10 dinar dari seorang Arab Badui dan selebihnya dihadiahkan orang lain kepadanya. Seluruh kuda Nabi memiliki nama. Amacam?.. Fikir-fikirkan...