Sambut Merdeka ke 65 di Pasir Putih
Ogos27,2022
#Siri1KoleksiGambarSambutanKemerdekaan
#highchapparalstablepasirputihmasukBandar
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke 65.. kepada semua warga negara Malaysia yang tercinta. .
Kali ini Tokwan Pauh Panji bersama team Hcs Highchaparral Stable , Dbustan Stable, Abe Saari Stable dan lain2 yang tak tersebut nama..
Sambutan Kemerdekaan kali ini diadakan dengan pelbagai program, namun tokwan dan kawan2 hanya menyertai perarakan kuda merentasi Bandaraya Pasir Putih terus menuju Trek Abu Dhabi sebelum kembali ke High Chapparal Stable.
Beberapa orang rider menerima hadiah cenderahati yang disediakan oleh penganjur. Peserta, kuda dan rider paling cantik akan diberikan hadiah dan saguhati berbentuk hamper.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada OCPD Pasir Putih bersama team adik2 PDRM yang manis2, semua JK Urusetia, Semua Pemilik, Rider, dan Kuda..
Teristimewa juga kepada Sponsor Misteri yang selalu memberikan sokongan kewangan kepada kami.. Jazakillahu Khaira. .. Barakallau ..

Comments
Post a Comment