Firasat Penternak Kuda

 Alhamdulillah...

Alhamdylillah...

Kullu Hamdan Lillah...

#OGOS282022. 


Selesai saja sesi Perarakan Kuda Sempena Sambut Merdeka di Pasir Putih, tokwan terus bergegas menghantar 2 ekor kuda, ke Dbustan Stable dan TPP Stable . Kemudian balik kampong jumpa bonda dan kembali  semula ke rumah jam 11.59 malam.. 


Dengan  menggunakan mata didalam penglihatan, dengan firasat ke 6  ilham pencipta..Tokwan dapat rasakan malam ni malam bertuah, tokwan bakal berjumpa dengannya.  Tokwan mengambil keputusan menunggu saatnya tiba .


Jam 2.00 pagi 28 Ogos 2022..berbekalkan sedikit pengalaman dalam menternak kuda, dengan pendengaran hati  yang sedang berkata-kata, tokwan mengambil beberapa peralatan  yabg telah disedia, tuala kecil, pakaian terpakai serta ubat2an dan pakaikan tali mukaa buat ibunya. 


Akhirnya tiba jua masa . Benar seperti yang dijangka   bertambah lagi warga TPP Stable.. kali ini baby perempuan anak Sabhah Putri dan Halimas Janathan..10 bulan 22 hari dalam kandungan.


Anak kandang ke 7, warga TPP Stable ke 11..

Semoga Allah memberkati semua yang berada dibawah "air tangan" Tokwan Pauh Panji ..

Baarakallahu Fiekummm


#TokwanRiderDanPembiakBakaa..

Comments