Trek Joyride @Outride Tokwan

 Trek Joyride@ Outride yang menarik di Kelantan..


Kepada semua peminat sunnah berkuda seluruh negara...#JommmSunnahBerkudaa


Sepanjang hampir 10 tahun berkelana menyertai pelbagai joyride, outride dan mini enduran di seluruh Negeri Kelantan, tokwan dapati banyak sekali trek2 yang menarik di negeri ini walaupun tiada yang di khaskan oleh pihak kerajaan atau persendirian. Antara trek terbaik mengikut susunan ialah,


Pertama

Trek Pantai Sri Nipah ke D'Gali(20km)-Bachok


Trek ini adalah yang terbaik di Kelantan, Trek berpasir dan pantainya yang landai sangat sesuai untuk semua jenis kuda termasuk kuda-kuda arab yang 'mahal' yang dilatih khas untuk sukan enduran. Di trek ini juga pernah diadakan beberapa kali pertandingan mini enduran peringkat negeri Kelantan. Selalunya tuan rumah aktiviti berkuda disini adalah di Sri Nipah Chalet, Bachok.


Kedua.

Trek Abu Dhabi - Kulim (20-40km)Pasir Putih


Padang pasir seluas 5km yang terbentang disepanjang trek ini menjadikan ialanya di kenali sebagai trek Abu Dhabi.. Laluan berpasir putih halus sepanjang sungai Kulim menambah keindahan trek ini. Rider juga boleh memilih untuk melalui denai berpaya dan berumput panjang dipertengahannya.  Berhampiran dengan trek ini juga berdiri tegak sebuah stable hebat yang bernama High Chapparal Stable, Pasir Putih..Aktiviti berkuda setiap Sabtu.Kepada yang berminat boleh hubungi Tokwea Oad, Wan Noor Wan Samat  otai kita disana..


Trek ini boleh bersambung-sambung sehingga ke  Ghertak 3 Beradik di Bukit Gedombak atau ke Gate Kulim dimana terdapat kedai terohor dengan masakan ikan air tawar iaitu Kedai Ikan Toman Galang.


Ketiga

Trek  Golden Triangle 3 Jajahan(20-40km) 

#KotaBharuPasirPutihBachok


Trek ini dikenali dengan nama Trek Golden Triangle kerana trek ini merentasi  3 Jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Putih dan Bachok. Trek  ini adalah trek yang mempunyai pelbagai laluan berair, berlumpur, semak samun, beralun dengan tebing tinggi di sepanjang trek. Ditengah-tengah trek ini terdapat dua buah lagi trek Lebuhraya Rakyat (Baru) dan lalu keretapi ECRL yang sedang dibina . .

Disini juga berdiri teguh sebuah stable kuda yang tak terkalah hebat dengan nama D'Bustan Stable. Bermula dari sinilah aktiviti kuda setiap pagi jumaat bergerak ke 7 bukit perkasa.Kepada yang berminat untuk bersama-sama sunnah berkuda boleh hubungi Boss Syariefie Yusof , Pemilik D'Bustan Stable..

Trek ini menyelusuri 7 buah bukit yang indah dengan pelbagai flora dan fauna semulajadi. Antaranya, 

1. Bukit Banggol Lepah

2. Bukit Akar

3. Bukit Jerus

4. Bukit Maklipah

5. Bukit Sebeng

6. Bukit Pak Badol

7. Bukit Mahligai


(Tokwan Pauh Panji)


#Bersambung....

#TerbaikKernaKudaBlhWalkTrotCanterGallop

Comments