Tokwan Marshal Kuda
Mac 19, 2022
Tokwan sudah jadi marshall kuda.. hari ini melancarkan program Joyride Otai Kuda Kelatey bersama anak2 muda perkasa menunggang kuda dari HCS Pasir Putih ke Gate Kulim Ikan Toman Galang sambil melihat dan memerhati kebajikan kuda bersama boss D'bustan Stable Syariefie Yusof dan anak2 buahnya. Semoga sunnah berkuda terus mekar dalam jiwa..
Terima kasih tang tak terhingga kepada Master Sifu Abe Hea Norzihan Norzihan , Ayahanda Otai HCS.. Wan Noor Wan Samat dan team HCS Pasir Putih yang telah berusaha bersungguh2 menjayakan program kali ini.. Kepada yang tak bernasib baik dengan insiden kecil semalam.. kami mohon maaf banyak2.. Segala kesilapan teknikal adalah kelemahan kita semua manusia pendosa..
Wahai...
Wahai sahabat endurance, ketahui lah, CEN 40 dan CEN 80 bukan lah perlumbaan untuk menunjukkan kegagahan rider atau kuda. Kita masuk lumba ini untuk mendapat kelulusan/qualification bagi kuda atau/dan rider untuk masuk lumba kelas antarabangsa CEI. Sila baca undang undang Endurance FEI. Rider harus lulus 2 x 40 km dan 2 x 80 km selepas 6 bulan dari lumba pertama.
Comments
Post a Comment