Cerita Kuda

 Mac29, 2022


Cerita kuda bersama Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan .. Kuda Kuda Kuda.. lagi-lagi cerita kuda.. semoga Sunnah berkuda Terus Maju Jaya Melebar dalam Jiwa Umat Baginda saw khususnya di Negeri Paduka Che Siti Wan Kembang Arduja WimalaSinga..

Tenyata sesi pertemuan dan perjumpaan persatuan2 , peminat dan para otai kuda diseluruh Kelantan dapat menyemarakkan lagi kesinambungan pelbagai program kuda dimasa2 akan datang.


Note..

Bagi sebuah organisasi atau penganjur sesuatu program, perkataan post mortem sangat biasa didengar. Sama ada suka atau tidak, ia merupakan satu proses yang sangat penting untuk terus bergerak ke hadapan dengan dengan lebih berjaya. Post mortem dalam bahasa mudah ialah perbincangan untuk melihat kelemahan, kekuatan dan idea untuk penambahbaikan supaya kelemahan tadi tidak berulang. Kelebihan? Menjimatkan masa, menjimatkan kewangan, mengurangkan pembaziran dan penggunaan tenaga yang optimum (bukan maksimum)..

Hakikatnya, walau betapa peri pentingnya post mortem ini... Kebanyakkan organisasi, pihak penganjur atau persatuan tidak sanggup buat post mortem  kerana tidak bersedia menerima kelemahan dan teguran daripada ahli atau urusetia yang terlibat..

( Tokwan Pauh Panji)

Comments