Liezaz Maria.. Teman Setia
Rutin Pengurusan Liezaz Maria sebelum dan selepas sesi latihan joyride @ outride .
Semua rider kuda yang kental mempunyai disiplin pengurusan kuda yang tersendiri. Bukan mudah nak mengurus kuda di stable dan di trek. Bagi tokwan.. ada beberapa disiplin yang perlu dibuat sebelum memulakan joyride atau outride..
SEHARI SEBELUM JOYRIDE@OUTRIDE..
Sehari sebelum sesi latihan outride atau joyride, kuda mestilah dilepaskan ke dalam paddok empat atau lima jam dan dilungging pusingan kiri dan kanan selama 30 hingga 40 minit.Angkat ke empat-empat kaki dan perhatikan gerak langkah derapan kakinya. Tambahkan sedikit makanan yang 'menyeronokkan' agar kuda cukup makanan dan minuman. Mandikan dan bersihkan, uraikan bulu-bulu leher dan ekor yang kusut masai.
SEBELUM JOYRIDE@OUTRIDE
Tokwan Pauh Panji bagi makan kuda satu jam sebelum kuda tokwan dibawa menaiki float ke destinasi. Biasanya ke Trek Golden Triangle atau Trek Gate Ikan Toman Galang mengambil masa hampir satu jam perjalanan. Apabila kuda diturunkan dari float hendaklah diberikan sedikit air minuman sebelum kuda dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan untuk ditunggang .
SELEPAS JOYRIDE@OUTRIDE..
Selesai riding harus mandikan dan bagi minum kuda, lihat dan perhatikan betul-betul tahap kesihatan kuda.. sejukkan badan kuda dengan air dan bawa jalan-jalan sambil jamu makanan ringan seperti rumput dan sebagainya..
Apabila semua kelihatan bagus , bersihkan kaki kuda, angkat kaki kuda korek kotoran dr kuku kuda , gosok kulit kuda yg berdaki dan lain2.
Rawat kuda jika ade yg sakit atau luka.. pastikan kuda makan dan minum dgn baik. Perhatikan tindak tanduk kuda selepas sesi latihan. Bersihkan seluruh tubuh kuda.
Rehatkan kuda 30 minit sebelum kuda dimasukkan ke dalam float untuk dibawa pulang.. Selepas sampai di stable, kuda ini perlu dilepaskan kembali ke dalam paddock selama 10 hingga 12 jam dan diberikan makanan sebelum dimasukkan ke dalam kandang.
Inilah sebahagian daripada rutin disiplin pengurusan kuda tokwan yang bernama Liezaz Maria setiap minggu yang ada sesi latihan outride @ joyride luar..
Semoga sedikit pengalaman selama hampir 7 tahun ini dapat dikongsi bersama oleh peminat2 sunnah berkuda..
Susah juga kan ..Bukan seronok2 tunggang kuda dan bergambar sahaja.Paling komang kena ado empat perkara, kuda, float, 4WD dan Mybini Rusni Jusoh yang bagi penuh sokongan . Ha Ha..
Catatan dengan gerak ibu jari..
Tokwan Pauh Panji
15 Ogos 2022

Comments
Post a Comment