Bicara Diri..
Ada juga rakan2 taulan sepejabat dan kaum kerabat yang dekat tertanya2..
" Betul ke tarikh kelahiran Tokwan Pauh Panji pada 1 Ogos? Bukan ke 10 Januari spt yang tercatat dlm sijil kelahiran?"..
Maka, terpaksalah tokwan dedahkan rahsia diri...
" Lebih 50 tahun yang lalu tokwan di lahir di Pantai Chinta Birahi( nama lama PCB) tanggal 1 OGOS dengan nama timangan WAN ROSLAN ZAILANI...
Namun, Arwah Ayahanda Hj. Wan Daud Yusuf Sulong Nawang AlPattani mendaftarkan kelahiran ini pada tahun mendatang tanggal 10 Januari dengan menukar nama kepada WAN AHMAD TARMIZI...
Selepas 40 tahun berkelana menghuni dunia yang fana' ini.. empunya diri menggelarkan diri Wan Ahmad Tarmizi dengan nama baru Tokwan Pauh Panji dalam pencarian leluhurnya yang belum selesai lagi..
Jadi..
Wan Roslan Zailani, Wan Ahmad Tarmizi dan Tokwan Pauh Panji adalah orang yang sama... Hanya masa yang merungkai segalanya..
#Adalah diharapkan kepada semua agar memahami realiti kehidupan Tokwan Pauh Panji yang penuh warna warni.. tiada penipuan, tiada pemalsuan dan tiada percanggahan... Hanya cuma yang tersirat dalam diri ini jauh lebih penting dan utama daripada yang tersurat..
(Tokwan Pauh Panji)
Ogos3. 2022
#TokwanDilahirkanSblmKematianMatKilau...
Comments
Post a Comment